Tuesday, February 5, 2008

Niat

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niat. Dan bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan rasulNya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa berhijrah kerana mendapatkan keduniaannya dan wanita yang akan dinikahinya, maka hijrah itu adalah untuk apa (maksud) yang dihijrahkannya.”

Menurut Shaikhulhadis Maulana Muhammad Zakariyya, “Ini adalah sebuah hadis yang lengkap. Setengah ulamak mengatakan bahawa ini merupakan separuh daripada segala ilmu. Tetapi bagi pendapatku, hadis ini adalah sebagai intipati daripada apa yang dimaksudkan oleh “tasauf”. Ia mengandungi dua ayat dan pemikiran yakni pertamanya bahawa asas bagi seiap amal ialah niat dan seorang itu akan memperolehi dengan apa yang diniatkannya. Kebanyakan ulama telah berkata bahawa yang kedua itu adalag untuk memperkuatkan maksud yang pertama, tetapi ia mungkin juga ada maksud yang berasingan. Bagiku maksud yang ini lebih sesuai kerana ia menunjukkan bahawa apabila seseorang melakukan amal-amal kebaikan dengan niat yang berbagai-bagai, maka dia akan diberi pahala kepada setiap amal kebaikannya itu.”

Beliau juga pernah ditanya oleh seseorang tentang apa yang dimaksudkan dgn tasauf? Apakah hakikatnya?

Jawab beliau , “Semuanya itu ialah memperbaiki niat seseorang. Tidak ada lain. Permulaannya ialah innamal’amalubinniat - Sesungguhnya segala amal diukur (ditentukan) daripada niat dan berakhir dengan “Bahawa kamu sembah Allah seolah-olah kamu melihatNya.”

Dipetik daripada Himpunan Kitab-kitab Fadhail Amal.

Dikarang Oleh: Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya

No comments: