Sunday, February 3, 2008

Fadilat Zikir (Kelebihan Zikir)

Hadis 1
Diriwayatkan daripada Hazrat Yahya bin Talhah bin Abdullah katanya, Hazrat Talhah kelihatan bersedih, maka dia telah ditanya,"Mengapakah kamu ini?"Beliau berkata,"Aku mendegar Rasulullah S.A.W bersabda,'Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang sekiranya diucapkan oleh seseorang hamba ketika hampir meniggal dunia maka pasti ALLAH S.W.T akan menghilangkan penderitaan ketika maut, menyerikan cahaya (wajahnya) dan dia akan melihat pemandangan yang mengembirakannya dan (aku bersedih kerana) aku tidak mampu untuk bertanya mengenai perkara itu kerana kehebatan Baginda S.A.W sehingga wafat."Maka Hazrat Umar berkata,"Sesengguhnya aku mengetahui kalimah tersebut."Hazrat Talhah bertanya,"Apakah kalimah itu?"Jawab Umar"Sesungguhnya kami tidak mengetahui kalimah yang lebih agung daripada kalimah yang telah Baginda S.A.W menyuruh paman Baginda (Abu Talib) ucapkan iaitu Lailahaillallah. Kata Hazrat Talhah. "Demi ALLAH itulah kalimahnya." [Hadith Riwayat Imam Baihaqi]

Keterangan
Kalimah Toyyibah yang sememangnya mempunyai nur dan ketenagan dapat diketahui dan difahami daripada banyak riwayat. Dalam kitab 'Munabbihat' Imam Hafiz Ibnu Hajar rah. telah menukilkan daripada Hazrat Abu Bakar R.A bahawa terdapat lima macam kegelapan dan bagi setiap kegelapan tersebut ada lampu. Cinta dunia adalah gelap dan lampu bagi cinta dunia adalah takwa, dosa adalah gelap dan lampu bagi dasa adalah taubat, kubur adalah gelap dan lampu bagi kubur adalah Lailahaillallah Muhammadurrasullullah, akhirat adalah gelap dan lampu bagi akhirat ialah amalan soleh dan titian sirat adalah gelap dan lampu bagi titian ini ialah yakin.

Hazrat Rabiah 'Adawiyah rah. adalah seorang wali ALLAH yang mashur. Sepanjang malam beliau sibuk dengan mengerjakan solah. Ketika menjelang subuh beliau akan tidur sekejap sebelum solah subuh. Apabila tiba waktu solah subuh beliau bangun dengan cepat dalam keadaan gelisah sambil mencela dirinya sendiri,"Sampai bilakah kamu akan terus tidur?Masa untuk kamu berada dalam kubur hampir tiba, yang pasti (kamu) akan tidur sehingga sangkakala akan ditiupkan."Apabila hampir hendak meninggal dunia maka beliau telah mewasiatkan kepada pembantu rumah beliau,"Kafankanlah daku dengan baju bulu yang lusuh ini yang biasa ku pakai ketika mengerjakan solah tahajud. jangan beritahu kepada sesiapa pun tentang kematianku."Jenazah beliau telah diuruskan sebagaimana yang beliau wasiatkan. Pembantu rumah beliau itu telah melihat dalam mimpinya bahawa Hazrat Rabiah 'Adawiyah rah. berpakaian sangat cantik lalu dia bertanya,"Dimanakah baju lusuh yang digunakan untuk mengkafankan puan."Beliau menjawab,"Baju tersebut telah dilipat dan telah disimpan bersama amalan solehku."Pembantu rumah tersebut meminta supaya dia diberi nasihat maka kata beliau,"Hendaklah kamu berzikir sebanyak mungkin, dengan itu kamu akan dikagumi didalam kubur."

Fadilat Amal (Fadhilat Zikir)
Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakaria.


Hadis 2

Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapanya, disebelah belakangnya, dikananya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjaranya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).

Keterangan
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.

Mutakhab Ahadith
Hazrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi.

No comments: