Monday, September 14, 2009

Pesan Wali Songo

Cara2 Dakwah:
1. Berdakwah dan berkeliling kedaerah lain tanpa membawa pasukan. Jangan yakin dengan
banyaknya jumlah kita,…..yakin dengan pertolongan Allah swt.
2. Kita bergerak jumpa umat…dari orang ke orang…. jumpa ke rumah-rumah mereka ..Pergi
kedaerah nan jauh walaupun tanpa asbab/ sebab yang nampak.
3. Pergi kedaerah yang sulit dijangkau seperti gunung-gunung juga tanpa sebab yang kelihatan.
Niat untuk dakwah keseluruh alam, Allah swt yg berangkatkan kita bukan asbab-asbab dunia
seperti harta dsb…
4. Kemana-mana hanya membawa kebesaran Allah SWT. selalu mendakwahkan kalimat iman,
mengajak umat pada iman dan amal salih…
5. Walaupun dimarahi, diusir, dicaci maki bahkan dilukai fisik, perasaan dan mentalnya namun
mereka seakan-akan seperti orang yang tidak mempan diterjang bermacam-macam senjata.
Kita dakwah, Allah swt akan Bantu (jika kalian Bantu Agama Allah, maka pasti Allah akan
tolong kalian dan Allah akan menangkan kalian)
6. Dalam memerangi nafsunya sendiri dan mengajak orang lain supaya memerangi nafsunya.
Tidak pernah berdebat atau bertengkar. dakwah dengan hikmah, kata-kata yg sopan, ahlaq
yg mulia dan doa menangis-menangis pada Allah agar umat yg kita jumpai dan umat seluruh
alam dapat hidayah….bukan dengan kekerasan…. Nabi saw bersabda yg maknanya kurang
lebih : ‘Haram memerangi suatu kaum sebelum kalian berdakwah (berdakwah dgn hikmah)
kepada mereka”.
7. Mereka ini walaupun dengan orang yang senang, membenci, mencibir, dan lain-lain akan tetap
mengajak dan akhirnya yang diajak bisa mengikuti usaha agama dan tidak merendahkan,
mengkritik dan membanding-bandingkan, mencela orang lain bahkan tetap melihat
kebaikannya.
8. Kemuliaan hanya dalam Iman dan Amalan agama bukan dengan banyaknya pengikut.
Dimuliakan, disambut, dihargai, diberi hadiah, diperhatikan, walaupun mereka sebelumnya
bukan orang alim ulama, bukan pejabat, bukan sarjana ahli tetapi karena menjadi Da’i yang
menjadikan dakwah maksud dan tujuan hidup, maka Allah swt muliakan mereka.
9. Mereka akan merasa kaya dalam hatinya. Keinginan bisa kesampaian terutama keinginan
menghidupkan sunnah Nabi, bisa terbang kesana kemari dan keliling dunia melebihi orang
terkaya didunia. Jangan yakin pada harta….kebahagiaan dalam agama, dakwah jangan
bergantung dgn harta.
10. Menyebar, terkenal tanpa gembar-gembor, propaganda, iklan-iklan dsb
artinya bergerak terus jumpa umat, kerja untuk umat, kerja untuk Agama dengan ikhlas
karena mengharap Ridho Allah swt, tidak perlu disiar-siarkan atau di umum-umumkan.
Allah sajalah yang menilai perjuangan kita.

Wednesday, May 6, 2009

Ijtimak Malaysia 2009 (9-12 Julai)

Dalam ijtimak di Tongi, elders telah beri beberapa pesanan untuk Malaysia berkenaan ijtimak pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009.
  • Semua orang lama diminta keluar 4 bulan sebelum ijtimak dan 40 hari selepas ijtimak atau sekurang2nya 40 hari sebelum ijtimak dan 4 bulan selepas ijtimak.
  • Ijtimak seperti hujan lebat. Tanah perlu digemburkan sebelum hujan supaya hujan yang turun dapat dimanfaatkan. Jika tanah tak disediakan, air tak dapat diserap ke bumi dan mengalir ke tempat lain dengan sia2 sahaja.
  • Jika kita tidak menyempurnakan tujuan ijtimak, fitnah yang besar akan melanda umat. Umat akan sangka agama ini hanyalah kumpul ramai2 dan mendengar ceramah kemudian bersurai tanpa sebarang amal dibuat.
  • Orang yang bekerja dengan majikan kena mohon cuti. Jika cuti tak lulus, buat rayuan. Jika tak dapat juga kena tambah masa di masjid sendiri. Balik dari pejabat terus ke masjid. Sediakan orang kampung pada amalan agama. Hidupkan masjid 24 jam dengan 4 amalan masjid Nabawi. Lewat malam baru baik ke rumah.
  • Sediakan isteri dan anak2 dengan fikir yang sama. Rumah2 perlu hidup dengan amalan masjid.
  • Sebaik2nya orang yang hadir ijtimak telah dikeluarkan 3 hari supaya dapat menjaga amal semasa ijtimak.
  • JANGAN kata ini ijtimak dunia tapi kata ini ijtimak Malaysia.
  • JANGAN sebut nama2 elders yang akan hadir secara khusus. Ini akan menyulitkan kedatangan mereka nanti.
  • JANGAN kata ratusan ribu akan datang, tapi kata ramai dijangka hadir.
  • Elders kata kerja untuk ijtimak perlu 500 batu maju kehadapan tapi iklan/propaganda mengenainya perlu 500 batu kebelakang.

Tambahan;
  1. Satu jemaah 4bulan dari Kuala Lumpur telah siap dan diluluskan untuk keluar ke Turki, akhir bulan ni.
  2. Satu jemaah lagi seramai 8 orang, juga dari Kuala Lumpur telah siap untuk keluar pada Mac ini. Route dicadangkan ke Perancis tetapi belum mendapat kelulusan Bangawali Masjid, Nizamuddin. (2Mac09-jemaah ini telah diputuskan untuk keluar di Netherlands)

InsyaAllah dan wallahua'lam.


Dipetik drp blog http://azharjaafar313.blogspot.com/2009/02/ijtimak-malaysia-2009-beberapa-pesanan.html